Search This Blog

HOME

Monday, January 13, 2014

‘Sultan Melaka’ Ditahan Polis.


MELAKA 14 Januari 2014 - Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali “Kesultanan Melayu Melaka”.

“Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 8 Jan lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai ‘Sultan Melaka’ dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Shah Gzali Khan berkata siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.

“Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan,” katanya.


Sumber - BERNAMA

Pajero Terhumban 3 Meter Ke Laluan Motosikal Di Federal Highway.


Kuala Lumpur - 14 Januari 2014: Pagi semalam, sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Pajero bertembung sebuah lori sebelum terbabas merempuh pagar di Lebuhraya Persekutuan seterusnya terhumban tiga meter ke laluan motosikal.

Kejadian menggemparkan ini berlaku kira-kira jam 6.50 pagi.


Berikut adalah gambar keadaan pacuan empat roda terbabit yang dikongsikan Facebook  Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia.






Bagaimanapun, mujurlah sembilan individu yang menaiki kenderaan terbabit termasuk tujuh wanita dipercayai warga Indonesia yang bekerja sebagai pencuci bangunan hanya mengalami cedera ringan.

Padahal kalau tengok keadaan kereta yang terhumban ke bawah, memang mengerikan.

Inilah namanya berpantang maut sebelum ajal.

Solat Sambil Mendukung Anak/Bayi.

Contoh bersolat sambil mendukung anak.
Antara yang membuktikan Rasullulah S.A.W. meraikan psikologi kanak-kanak ialah baginda pernah mendukung cucunya ketika sedang menunaikan solat. Perkara ini dapat dilihat di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Abu Qatadah al-Ansari ra :

 "Sesungguhnya Rasullulah S.A.W. menunaikan solat dalam keadaan membawa (mendukung) Umamah, anak perempuan Zainab binti Rasullulah S.A.W. dengan suaminya al-As bin Rabiah bin Abd Syams. Apabila sujud , baginda meletakkannya apabila bangun , baginda mendukungnya semula . "{Al-Bukhari,Sahih al-Bukhari, bab Iza Hamila Jariyatan Saghiratan Ala Unuqihi Fi al-Solat, hadis nombor 486}

Hadis ini menunjukkkan keharusan seseorang membawa atau mendukung kanak-kanak lelaki maupun perempuan dan juga binatang yang suci di dalam solat, samada fardu atau sunat. Hukum berbuat demikian adalah harus, bukan sahaja kepada orang yang menunaikan solat secara sendirian, bahkan juga yang menjadi imam.

Inilah yang dipegang oleh al-Imam al-Syafie. Sebaliknya ulama mazhab maliki, hanya mengharuskan di dalam solat sunat sahaja dan menegah melakukannya di dalam solat fardu.

Mungkin ada yang bertanya, bukankah perbuatan mendukung anak ketika solat, menyebabkan banyak berlaku pergerakan dan pergerakan yang banyak membatalkan solat. Mungkin juga ada yang berkata, hadis di atas tidak membuktikan Rasullulah saw melakukannya secara kerap, sebaliknya hanya sekali sahaja sepanjang hayat Baginda S.A.W.

Untuk menjawab anggapan sebegini suka dinyatakan di dalam hadis di atas, tidak semestinya melibatkan pergerakan yang banyak dan berterusan, kerana melibatkan satu pergerakan dan meletakkannya satu pergerakan . Ini tidak bertentangan dengan pandangan majoriti ulama, yang berpendapat solat batal, jika berlaku pergerakan yang banyak lagi dan berturut-turut, kerana pergerakan yang berlaku ketika mendukung dan membawa kanak-kanak tidak banyak dan tidak berturut-turut.

Dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan, ia hanya khusus untuk nabi sahaja, tidak diterima kerana kemungkinan nabi saw mendukung Umamah, sebaik sahaja beliau selesai qadak hajat. Kebiasaannya kanak-kanak yang telah selesai qadak hajat, berada di dalam keadaaan suci untuk satu tempoh yang panjang.

Al-Imam al-Nawawi pernah mengulas isu ini. Antara lain beliau mengatakan: "mendukung atau membawa kanak-kanak di dalam solat, tidak bercanggah dengan kaedah syarak, kerana manusia adalah suci . Najis yang terdapat didalam perut adalah dimaafkan ,kerana berada di dalam perut. Pakaian kanak-kanak dan jasad  mereka berada di dalam keadaan suci. Dalil-dalil syarak jelas membuktikan demikian. Pergerakan yang berlaku di dalam solat,  tidak membatalkan solat, jika sedikit atau banyak tetapi terpisah-pisah. Perbuatan nabi saw di atas membuktikan keharusan mendukung anak di dalam solat. 35

Hadis di atas membuktikan pada asalnya pakaian dan badan kanak-kanak adalah suci kecuali jika diyakini benar-benar membawa najis. Hadis ini menunjukan keharusan membawa najis dalam solat, kerana Umamah ketika itu berumur tiga tahun. Pada peringkat umur sebegini, selalunya kanak-kanak berada di dalam keadaan bersih dan tidak membawa najis, kerana pada kebiasaannya ahli keluarga tidak akan berani membawanya keluar melainkan setelah dipastikan benar-benar berada di dalam keadaan bersih. Ini dilihat kepada kanak-kanak perempuan orang-orang awam biasa, bagaimana pula dengan cucu Rasullulah saw sendiri, sudah tentu lagi bersih dan terjamin daripada membawa najis . 36

Dengan itu, secara automatik dapat difahami, jika diyakini kanak-kanak tersebut membawa najis pada badannya, tidak boleh mendukungnya ketika sedang menunaikan solat kerana termasuk ke dalam ertikata menanggung najis, yang membatalkan solat.

35-Al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, jil.5 , halaman 35
36-Ibd, halaman 193

Cara menggendong bayi dalam solat :

1. Adalah baik sebelum itu, bayi yg mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir dan tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan dan meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.

4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.

5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu dan kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.

Petikan :
Buku "Psikologi Rasullulah saw Dalam Berinteraksi Dengan Masyarakat " .
Halaman 44-47
Karangan Dr.Basri bin Ibrahim

Friday, January 10, 2014

TOLONG SHARE ATAU SEBARKAN - Contoh Kalimah ‘Allah’ Dalam Bible Bahasa Melayu - Kepada Mereka Yang Beragama Islam, Inikah Yang Anda Mahukan.

Contoh Kalimah Allah Didalam Bible Bahasa Melayu.
Di laman sosial, hari ini sudah mula tersebar petikan kandungan Bible berbahasa Melayu dengan beberapa bahagian kalimah Allah digunakan di dalamnya.

Dalam beberapa ayat Bible itu, disifatkan sebagai ‘Allah’ itu menurunkan anaknya yang jelas dalam Islam bahawa Allah SWT itu tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Dalam petikan ini, ia memetik bahagian Yohanes verse ke 16 dan 17 yang mengandungi penerangan berkenaan ‘Allah’ dan anaknya jelas digunakan dalam konteks agama Kristian.

Jika Bible ini dibaca oleh pelajar sekolah menengah atau rendah beragama Islam tanpa didikan atau peringatan daripada guru agama atau keluarga, mereka akan mudah terpedaya sekaligus terpengaruh dengan ideologi Kristianiti.

Secara tidak langsung, kita boleh mengetahui apakah niat sebenar di sebalik keinginan mereka yang hendak sangat menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan dicetak pula dalam Bahasa Melayu.

Jika Bible menggunakan kalimah ‘Allah’ dan dicetak dalam Bahasa Inggeris, umat Islam Melayu tidak akan mengambil kisah kerana ketidakfahaman dan jelas ayatnya terpesong.

Lebih-lebih lagi apabila menceritakan kononnya  Allah ada anak yang dinamakan sebagai ‘Son’.

Tetapi, jika mereka cetak Bible dengan Bahasa Melayu dan disertakan dengan kalimah Allah, kedengarannya begitu dekat dengan rakyat berbangsa Melayu dan beragama Islam kerana Tuhan dalam agama Islam ialah Allah SWT yang satu.

Dengan majoriti penduduk di Malaysia adalah berbangsa Melayu, jadi lebih mudah Kristian itu disebarkan kepada orang Melayu beragama Islam jika ia dicetak dalam Bahasa Melayu dan ada kalimah ‘Allah’ di dalamnya. 

Perlu diingat, penyebaran agama bukan bermula dari kandungan ajaran dan ritualnya, sebaliknya ia akan bermula daripada menanam kefahaman mengenai ideologinya kemudian baru agamanya.

Sumber 

NOTA : Admin memohon kerjasama dan jasabaik kepada mereka yang beragama Islam yang telah membaca artikal ini, tolong share atau sebarkan kepada keluarga, sahabat handai, jiran atau sesiapa jua tentang niat jahat mereka ini untuk mempersenda dan menggunakan Kalimah Allah  ini didalam bible mereka dengan tujuan untuk memurtadkan orang Islam. 

Rumah Meletup Sebab Anjing Kunyah Tin Pewangi Badan.


Seekor anak anjing di United Kingdom telah meletupkan rumah pemiliknya selepas ia mengunyah setin pewangi badan.

Anjing itu dari baka Greyhound, bernama Zeus melakukan perkara itu ketika ditinggalkan berseorangan selama 10 minit.

Zeus yang baru berusia enam bulan mengunyah tin pewangi badan Lynx yang kemudiannya meletup selepas ia terdedah kepada haba dari cahaya sebuah lampu.

Akibatnya, letupan itu memecahkan tingkap dan juga sebuah kerusi sofa terbakar.

Letupan itu menyebabkan kerugian kira-kira £2,000 Pound Sterling tetapi Zeus dan lima lagi haiwan peliharaan di dalam rumah itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut pemiliknya Kerry Leech ketika ini anjingnya itu akan mengunyah apa sahaja yang dijumpainya.

Pada hari kejadian, Leech dan pasangannya Mathew Heckler, sedang dalam perjalanan ke kedai Sabtu lepas apabila dimaklumkan berkaitan letupan itu melalui SMS dihantar jirannya.

“Saya betul-betul panik dan bimbangkan haiwan peliharaan saya, kami bergegas pulang dan melihat dua kereta bomba di luar rumah dan jalan itu ditutup,” katanya.

Menurut anggota bomba pula, pada mulanya mereka menyangka letupan itu berlaku ekoran kebocoran paip gas tetapi siasatan lanjut mendapati seekor anjing yang menjadi punca letupan itu.

“Saya pun tidak tahu, kami ada setin pewangi badan Lynx di ruang tamu, ia adalah hadiah ketika Krismas dari rakan-rakan di dalam sebuah kotak” kata Heckler.

Seorang pakar akademik Prof Tom Welton dari Kolej Imperial di London berkata bahan Butane di dalam pewangi badan itu adalah mudah terbakar.

Suhu paling rendah untuk sesuatu pewangi badan meletup atau terbakar ialah 60°C darjah celsius.


“Tin pewangi badan biasanya disertakan dengan amaran pada tinnya dan seekor anak anjing tidak  memahaminya,” kata Prof Tom.

Personaliti TV3, Azawate Zenol Abidin Disamun, Suami Dipukul.

Azawate Zenol Abidin

KUALA LUMPUR – Pembaca berita TV3, Azawate Zenol Abidin dan keluarganya berhadapan detik cemas apabila disamun dua penjenayah di hadapan rumahnya di Kota Damansara, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, difahamkan personaliti televisyen dan tiga anaknya hendak keluar rumah.

Menurut sumber, ketika kejadian suami kepada pembaca berita itu berada di luar rumah bersama dua anak lelakinya yang berusia dua dan empat tahun, manakala wanita itu sedang memangku anak bongsunya yang berusia sembilan bulan di kawasan tempat letak kereta.

“Tiba-tiba empat suspek yang menaiki dua buah motosikal berhenti dan dua daripada mereka meluru ke arah suami pembaca berita itu, lalu menyerang dan memukulnya,” katanya.

Menurutnya, suspek menyamun dompet mangsa sebelum melarikan diri setelah pembaca berita berkenaan menjerit meminta pertolongan.

“Mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Damansara. Difahamkan suami kepada pembaca berita itu cedera di bahu dan kepala,” katanya.


Thursday, January 9, 2014

Puluhan Tahun Berpuasa Akhirnya Terry Peluk Islam.



Terry Fa’iz Kenneth Brougham

ISLAM bukan asing buat pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dari United Kingdom, Terry Fa’iz Kenneth Brougham.

Sudah puluhan tahun beliau mempraktik sebahagian ibadat Islam termasuk berpuasa pada Ramadan dan hanya makan juadah halal kerana disifatkannya amalan baik.

Beliau mempelajari Islam melalui sama ada hasil pembacaan buku dan internet serta bertukar pandangan dengan beberapa rakannya.


“Dari buku dan internet, saya juga mengkaji al-Quran terjemahan bahasa Inggeris,”

Terry Fa’iz yang mendiami negara ini sejak 16 tahun lalu juga tertarik dengan corak kehidupan di Malaysia dan menanam impian untuk menjadi seorang Islam.

“Sebelum ini, saya seorang Kristian tetapi pegangan tidak kuat. Saya tinggal lama di Malaysia dan mendapati gaya kehidupan umat Islam sangat bagus dan sempurna.


“Sejak dulu, saya dapat merasakan satu hari nanti saya menjadi orang Islam,” katanya yang akhirnya menjadi kenyataan pada hujung Disember lalu.

Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak itu juga mengakui kemasukannya sebagai seorang Islam banyak didorong keluarga angkatnya yang membantu memahami Islam secara lebih mudah dan berkesan.

“Saya ada keluarga angkat Melayu, mereka banyak membantu. Saya kini boleh fokus mempelajari Islam dan beramal ibadah dengan lebih tekun,” katanya yang belum berkahwin walaupun berusia 67 tahun.

Beliau yang melafaz kalimah dua syahadah pada Majlis Syahadah di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bersama dua lagi mualaf, juga bercadang memperoleh taraf penduduk tetap di Malaysia.

Majlis itu turut disertai dua saudara baru, wanita Filipina, Fatimah Abdullah, 25, dan pemuda Dusun Sabah, Muhammad Nor Faizal Abdullah, 30.

Ia dipimpin Khalid Abdul Samad, pegawai Pemudahcara dan Perhubungan dari Islamic Outreach ABIM (IOA).

IOA menjalankan dakwah berterusan menerusi pelbagai program ilmu kepada masyarakat bukan Islam bagi meningkatkan kesedaran dan menimbulkan minat terhadap Islam.

Aktiviti dakwah itu dikendali tenaga pengajar sukarela terdiri dari pensyarah tempatan dan luar negara termasuk bahasa Hindi, Kembodia, China dan Jepun secara sukarela.

Ini mendorong ramai warganegara lain seperti Inggeris, Korea, China, India, Bangladesh selain sebahagian rakyat tempatan, menganut Islam menerusi IOA.

“Alhamdulillah, kita sudah mengIslamkan kira-kira 30 saudara baru sepanjang 2013. Angka itu ialah mereka yang diIslamkan melalui IOA dan pengurusan masjid ini secara rasmi.

“Selebihnya pula memilih memeluk Islam melalui bantuan pihak lain atau di negara masing-masing,” katanya.

IOA juga menjalankan aktiviti dakwah di satu ruang masjid dan merancang mengadakan kursus secara rasmi mulai tahun ini.

“Kursus bimbingan seperti Murabbiah yang mempraktik sistem mentor mentee juga ada. Mualaf digandingkan dengan pasangannya, seorang pendakwah Islam.

“Kita melatih 43 orang untuk tugas ini termasuk mengajar pembangunan ilmu agama. Kita juga ada kursus bimbingan saudara baru dalam bahasa Inggeris di pejabat IOA di Masjid Negara,” katanya.

Sumber