Search This Blog

HOME

Saturday, January 18, 2014

Seorang Lagi Mangsa Bot Karam Diselamatkan, Angka Korban Kekal 3

Penduduk membantu mengangkat mayat seorang daripada mangsa bot panjang rombongan kahwin yang karam di Pulau Bruit dekat Daro dalam Bahagian Mukah, hari ini. Daripada 27 mangsa terbabit, 17 selamat, tiga meninggal dunia dan tujuh lagi masih belum ditemui. - Foto NSTP

DARO: Seorang lagi mangsa bot karam di Sungai Batang Lassa, Sarawak berjaya diselamatkan kira-kira jam 8 malam tadi.

Berikutan penemuan itu, bilangan mangsa yang masih hilang adalah tujuh orang manakala mangsa yang disahkan meninggal dunia kekal tiga orang.
Ketiga-tiga mangsa yang terkorban ditemui selepas kejadian tengah hari tadi manakala 16 lagi mangsa berjaya diselamatkan.

Bot panjang yang membawa 27 penumpang yang dalam perjalanan balik selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Kut, Pulau Bruit itu karam pada jam 1.40 tengah hari tadi.

Lewat petang tadi, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata operasi membabitkan anggota polis dan bomba serta penduduk kampung akan diteruskan pagi esok.


Friday, January 17, 2014

Mengejutkan, PDRM Keluar Kenyataan Menafikan Farid Kamil Jalani Latihan UTK.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan telah memberi apa-apa latihan Unit Tindak Khas (UTK) atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam termasuk kepada pelakon dan pengarah filem Farid Kamil sendiri.

Semalam iaitu pada 17 Jan 2014, akhbar Utusan Malaysia telah menyiarkan kenyataan Farid Kamil di muka surat 6 bertajuk, FARID KAMIL SELEBRITI PERTAMA JALANI LATIHAN UTK.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Jan. 2014, m/s 6 
Kenyataan yang dikeluarkan oleh ACP Datin Asmawati Binti Ahmad selaku Penolong Ketua Urusetia KPN (Bhg. Komunikasi Koporat) Ibupejabat Polis Bukit Aman itu juga menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.

Untuk makluman, bukan senang untuk menyertai pasukan elit PDRM itu dan tidak pernah didalam sejarah UTK mengambil orang luar dari PDRM untuk menjalani latihan dengan mereka kerana mereka tidak akan mendedahkan sewenang-wenangnya taktik dan latihan yang mereka jalani kepada sesiapa juga termasuklah kepada pegawai dan anggota mereka sendiri dan ramai diantara pegawai dan anggota polis yang ingin menyertai pasukan elit itu telah kecundang atau gagal hanya diperingkat pemilihan awal penyertaan mereka kecuali mereka yang betul-betul ‘hati kering’ aje yang akan terpilih ke latihan sebenar.

Apa yang lebih mengelirukan ialah kenyataan Farid Kamil bahawa dia telah menjalani latihan UTK di Maktab Teknik PDRM di Muar, Johor memang sangat-sangat meragukan kerana Pusat Latihan UTK sebenarnya bukan disitu namanya pun ‘Maktab Teknik’ tapi kalau Farid Kamil nak belajar komputer bolehlah kot........... tapi bolehke PDRM suka-suka ambil orang awam menjalani latihan di Maktab Teknik tersebut? yang terletak di Bakri, Muar, Johor itu.

Lagi satu yang peliknya kenyataan Farid bahawa beliau berulang alik dari Kuala Lumpur ke Muar, Johor setiap minggu untuk menjalani latihan UTK disana, hello Encik Farid apa benda yang lu cakap ni beb, lu ingat UTK ni pasukan apa, lain kali kalau tak tahu jangan cakap beb.

Untuk makluman Encik Farid, Pasukan Elit Unit Tindakan Khas ini diperakui kehebatan mereka bukan sahaja di rantau Asia, malah di dunia termasuklah pasukan elit seperti Special Air Service (SAS) dari Britian dan pasukan elit SEAL dari Amerika Syarikat sangat-sangat mengagumi ketangkasan mereka, so janganlah cakap merepek-repek............ lebih baik anda makan krepek lagi bagus.


Sebenarnya terlalu banyak kejayaan Unit Tindakan Khas yang tidak didedahkan kepada umum atau di akhbar-akhbar sebab apa?, sebab mereka lebih suka ‘low profile’ dan mereka mementingkan ‘kualiti’ daripada ‘kuantiti’ dan mereka juga tidak suka kepada orang yang gila ‘glamour’ itu sebablah ramai pegawai dan anggota PDRM kecundang hanya diperingkat pemilihan awal.

Thursday, January 16, 2014

Pasangan Cikgu Cuba Berzina.

Banun dan Norihan yang menyembunyikan muka mereka daripada dirakam ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah 
di Kota Bharu semalam atas tuduhan cuba berzina.

KOTA BHARU – Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengarahkan seorang guru besar dan pasangannya juga seorang cikgu sekolah sama membela diri atas tuduhan cuba melakukan zina di dalam sebuah kereta di Lebuh Raya Pasir Mas-Rantau Panjang berhampiran Kampung Gaung di Pasir Mas pada April tahun 2013.

Hakim Nik Najib Che Hassan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadap tuduhan yang dihadapi pasangan itu.


Banun Mat Jusoh, 43, dan Norihan Ab. Wahab, 25, didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 8.30 malam 28 April 2013 di dalam sebuah kereta Perodua Kancil yang diletakkan di bahu jalan di lebuh raya di kawasan Pasir Mas.

Kehadiran Tentera Dalam Tunjuk Perasaan Jadi Isu.


Anggota Tentera Thailand hanya tersenyum ketika penunjuk perasaan meniup wisel berhampiran pos kawalannya di atas sebuah jejantas di Bangkok.

Bangkok: Polis menahan beberapa pegawai tentera laut negara itu selepas didapati memiliki senjata dan kad VIP dikeluarkan Rangkaian Pelajar dan Rakyat Untuk Pembaharuan Thailand (SPNTR) semalam.

Penahanan itu menimbulkan spekulasi terhadap pembabitan pasukan tentera dalam gerakan antikerajaan.

Bagaimanapun pegawai atasan tentera laut mereka menafikan sebarang pembabitan dalam tunjuk perasaan.

Sebaliknya, kata sumber, tentera terbabit berada di tengah penunjuk perasaan kerana ditugaskan menyiasat kes dadah.

Tiga anggota tentera terbabit ditahan di pusat pemeriksaan Krung Kasem ketika memandu trak pikap sejurus selepas tengah malam kelmarin.

Polis menemui tiga pistol 9mm, 72 peluru, lima kelopak, dua pisau lipat, sehelai rompi kalis peluru dan tiga kad VIP dikeluarkan SPNTR.

Plat kenderaan dengan cop tentera laut turut ditemui dalam pikap berkenaan dengan plat kenderaan berbeza dipamerkan pada kenderaan terbabit.

Tiga pegawai tentera laut itu kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Kokain Dalam Tas Tangan.

MOHD Shukri Ketua Jabatan Narkotik, Asisten Komisioner Nordin Kadir (kanan) dan Inspektor Amrin Mohd Arif (kiri) menunjukkan bungkusan dadah jenis kokain dan tas tangan yang dirampas dari lelaki Romania di KLIA Sepang di IPK Selangor. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Romania dan merampas dadah dipercayai kokain seberat 2.79 kilogram bernilai RM800,000 di ruang legar Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata dadah itu dijumpai
dalam 12 bungkusan plastik yang diselit dalam beberapa tas tangan yang

diletakkan dalam bagasi dibawa lelaki berusia 47 tahun itu.

"Lelaki itu tiba dari Dubai dan sepatutnya meneruskan penerbangan ke Vietnam,"

katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, polis menahan seorang wanita warga Tanzania berusia 38 tahun
di sebuah hotel di Salak Tinggi pada Sabtu lalu, kerana disyaki terbabit dalam
aktiviti penyeludupan dadah.

Imbasan sinar-x terhadap wanita itu di Hospital Serdang mendapati terdapat benda asing di dalam perutnya.

"Apabila dikeluarkan, ia adalah lima kapsul berisi dadah disyaki syabu seberat 109 gram," katanya.

Mohd Shukri berkata, kedua-dua suspek direman dua minggu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber 

Monday, January 13, 2014

Gajet Racun Kepada Kanak-Kanak Dan Remaja – Apakah Anda Setuju?.


KUALA LUMPUR, 14 Januari 2014 - Gaya ibu bapa menghadiahkan telefon dan tablet berinternet kepada anak mungkin dianggap bersesuaian dengan zaman teknologi, namun ia sebenarnya mampu mempengaruhi si anak kepada masalah sosial, terutama aktiviti seksual luar nikah.

Pengerusi Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-kanak (MCPSA) Sabri Rahman berkata budaya menghadiahkan gajet kepada anak sebagai pengganti kesibukan ibu bapa perlu dihentikan kerana ia akan menjadi racun yang mendorong berlakunya pelbagai masalah sosial termasuk kes rogol dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Mereka (ibu bapa) menyedari kesibukan itu, malangnya mereka tidak mencari jalan untuk meluangkan masa bersama sebaliknya menghadiahkan gajet untuk menggembirakan anak-anak dan menebus waktu kesibukan mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas mengenai laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendedahkan kes rogol membabitkan kanak-kanak sejak kebelakangan ini berpunca daripada penyalahgunaan internet membabitkan pelaku yang masih bersekolah.

Siasatan mendapati punca utama mereka terlibat dalam jenayah itu selepas terpengaruh dengan media sosial seperti Facebook dan laman sesawang yang memaparkan video dan bahan-bahan lucah di internet.

Agensi berita di London melaporkan kajian terbaharu ‘The Journal of Pediatrics’ mendapati perbuatan mengirim pesanan serta gambar lucah secara elektronik atau ‘sexting’ berkemungkinan mendorong aktiviti seksual membabitkan bukan sahaja pelajar sekolah tinggi tetapi juga pelajar sekolah rendah berusia 12 hingga 14 tahun.

Jurnal berkenaan mendedahkan kajian yang dijalankan ke atas 420 responden gred tujuh di lima sekolah rendah awam di bandar Rhode Island, Amerika Syarikat mendapati pelajar cenderung untuk bercium, melakukan seks oral atau hubungan seks berbanding rakan sebaya yang tidak menghantar mesej lucah.

Asas kebimbangan Sabri dikukuhkan lagi apabila gajet yang diberikan kepada anak tidak dipantau sebaliknya dibiarkan menjadi ‘sahabat’ yang boleh merosakkan minda terutama untuk golongan kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

“Lebih mengecewakan apabila masih ramai ibu bapa yang tidak ‘IT savvy’, mereka sendiri pun tidak tahu menggunakan gajet canggih apa lagi untuk memantau gajet yang digunakan anak-anak,” katanya.

Malah agensi turut melaporkan hasil kajian itu saintis mendapati, ‘sexting’ dikaitkan dengan kecenderungan perlakuan seksual seperti menyentuh alat sulit, seks oral dan seks vagina.

Menurut pengkaji, kumpulan ini empat hingga tujuh kali lebih cenderung melakukan perlakuan seksual lain.

Penceramah bebas Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid pula berkata gajet berinternet ibarat lautan tanpa sempadan mampu memberi masyarakat pelbagai ilmu namun bagi golongan kanak-kanak dan remaja, yang dipenuhi perasaan ingin tahu penerokaan laman sesawang tanpa kawalan pastinya mengundang impak negatif.

“Memang kanak-kanak dan remaja lebih pantas menguasai dunia digital berbanding ibu bapa, sifat kurang matang dan tidak sedar akan membawa kepada akibat negatif yang serius,” katanya.

Antara cadangan lain, Wan Akashah turut meminta agar filem dan drama yang menayangkan adegan mesra suami isteri seperti berpeluk dan bercium tidak disiarkan di kaca televisyen.

Beliau berkata penerbit drama dan filem perlu memberi perhatian isu berkenaan kerana adegan seperti itu yang dianggap biasa bagi golongan dewasa tetapi sebenarnya sesuatu yang baharu bagi kanak-kanak yang mendorong mereka untuk menirunya.

Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Mohamed Fadhil Che Din berkata senario kini menyaksikan banyak kes-kes rangsangan seksual yang ditonton dan dipelajari golongan kanak-kanak dan remaja secara tidak langsung melalui media sosial dan persekitaran.

Justeru beliau berkata untuk membendung kes seumpama itu, ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil perhatian serius kerana ia melibatkan pembentukan sahsiah diri generasi masa hadapan.


Sumber - BERNAMA

Syamsul, Puteri Sarah Kahwin Februari Ini.


Pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof yang baru sahaja merisik kekasih hatinya, Puteri Sarah Liyana, Ahad lalu dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya itu pada bulan Februari depan.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ibu Syamsul, Datin Patimah Ismail kepada mStar, semalam.

“InsyaAllah mereka akan disatukan pada Februari ini namun pihak kami masih berbincang tarikh sesuai untuk mengadakan majlis itu,” katanya.

Menurut Patimah lagi, Syamsul menyatakan kepadanya, sepanjang Syamsul mengerjakan umrah, dia hanya nampak Sarah sebagai calon isterinya dan membuat hati anaknya itu lebih yakin untuk memperisterikan Puteri Sarah.

Sementara itu, sebagai ibu, Patimah menerima pilihan anaknya itu kerana kebahagiaan anak keduanya itu juga adalah kegembiraan buatnya dan suami, Datuk Yusof Haslam.


Sama-samalah kita doakan semoga hajat baik mereka berdua diberkati dan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa.