Search This Blog

HOME

Wednesday, October 30, 2013

The Last Person To Enter Paradise.



Siapa agaknya........ anda, dia atau saya......... jom dengarkanlah.............


Tuesday, October 29, 2013

Hospital Putrajaya Berhantu? Benarkah Dakwaan Ini?


Kelibat hantu yang dipanggil Shasha, tapi bukan yang ini........


Difahamkan Hospital di Putrajaya telah mengalami gangguan yang dikatakan telah menakutkan segelintir petugas yang bekerja syif malam.

Hospital Putrajaya
Gangguan ini dikatakan bermula apabila seorang wanita berambut panjang sering muncul di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN).

Bangunan Institut Kanser Negara, Putrajaya
Ada juga yang memperkatakan bahawa wanita berkenaan bernama Shasha. Siapa Shasha sebenarnya?

Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’, minggu lepas.

Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.

Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.

Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.

Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju berwarna putih atau kuning.

Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan hospital berkenaan.

Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.

Inikah Yang Diajar Di PLKN?




PLKN yang sepatutnya dijadikan tempat untuk mengajar golongan belia dengan nilai-nilai murni dicemari dengan aksi persembahan ghairah yang membuat peserta PLKN lelaki menyorak keriangan melihat aksi pelatih PLKN wanita menari.

Apa yang menyedihkan ada yang bertudung turut ‘joint’ sama sedangkan mak bapak mereka mengharapkan yang terbaik dari PLKN untuk mengajar anak-anak mereka.
   
Video ini juga mendapat kritikan hebat oleh semua pihak dan bagaimanakah perkara seperti ini dibenarkan berlaku di kem PLKN adakah ini nilai-nilai murni yang ingin diterapkan oleh pihak PLKN?.

  

Negara Ini Hanya Mempunyai Seorang Banduan.



Dengan penduduk seramai 30 ribu orang San Marino merupakan negara terkecil ketiga di Eropah setelah Vatikan dan Monaco. Banyak keunikan negara ini, salah satunya ialah dinegara ini hanya mempunyai seorang banduan.

Boleh dikatakan banduan ini adalah banduan yang “manja” di dunia dan juga boleh digelar banduan yang paling “kesepian” kerana mendiami sebuah  penjara yang hanya mempunyai 6 sel dan merupakan satu-satunya penjara di San Marino.

Untuk makan, banduan yang berusia 30 tahun ini diberi makanan yang dipesan dari sebuah restoran tempatan kerana pihak pengurusan mendapati tidak ekonomi jika disediakan kantin di penjara hanay untuk melayan seorang banduan.

Lelaki yang ditahan karena jenayah kekerasan rumahtangga itu itu juga bebas pergi ke gim, perpustakaan dan didalam selnya disediakan sebuah television. Penjara yang dulunya sebuah bekas Biara Capuchin. terletak di puncak bukit itu juga mempunyai panaorama yang menarik kerana dibawah bukit tersebut terhampar pemandangan bandar San Morino.

San Morino telah diberi kemerdekaan sejak 1,700 tahun lalu dan boleh dikatakan ianya adlah sebuah negara tertua di dunia.

Kerana Isu Wanita Tidak Dibenarkan Memandu Di Arab Saudi - Video Ini Telah Ditonton Oleh 5.2 Juta Orang.




Oleh kerana bantahan beramai-ramai wanita Arab Saudi terhadap undang-undang melarang mereka memandu, telah terbit sebuah video satira yang kini menjadi tontonan lebih 5.2 juta orang.

Video berjudul ‘No Woman No Drive’ yang diubahsuai daripada lagu asal Bob Marley ‘No Woman No Cry’ itu telah dinyanyikan oleh pelawak Hisham Fageh, sebagai respon terhadap bantahan wanita dinegaranya terhadap undang-undang memandu itu.

Pelawak yang berusia 26 tahun itu bertindak bijak apabila beliau menyembunyikan samada dia menyokong undang-undang itu atau tidak.


Video yang sebelum ini begitu popular di Arab Saudi telah menjadi perhatian mendadak di Afrika Selatan hingga ke Denmark dan Kanada dan kini diberitakan hampir keseluruh dunia........ jom saksikan video ini............