Search This Blog

HOME

Thursday, May 1, 2014

Gempa Bumi Sederhana Dekat Kepulauan Nias, Gegaran Dirasai Di Perak

Gambar fail menunjukkan kesan gempa bumi yang melanda Kepulauan Nias dekat Sumatera Utara pada 3 April 2005. Pada malam Rabu, gempa bumi sederhana berlaku sekali lagi berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan Selangor di Malaysia. Foto AFP

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berlaku berhampiran kepulauan Nias, Sumatera Utara malam Khamis menyebabkan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Perak dan Selangor.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi berukuran 5.7 pada skala Ritcher berlaku kira-kira 68 kilometer (km) dari timur laut Kepulauan Nias, kira-kira  408km dari barat daya Sabak Bernam, Selangor pada pukul 10.35 malam Khamis.

"Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini," menurut kenyataan itu.

Sumber - mStar Online

No comments:

Post a Comment