Search This Blog

HOME

Wednesday, March 19, 2014

Keluarga penumpang dari China biadap dan kurang ajar cuba buat kecoh.

Keluarga mangsa dari Beijing datang ke Hotel Sama-Sama sewaktu sidang media untuk bertemu media bagi mengetahui perkembangan pencarian Pesawat MH370 di Sepang semalam.

SEPANG - Keadaan di Hotel Sama - Sama kecoh seketika apabila sekumpulan ahli keluarga penumpang dari China menyerbu bilik sidang media dengan membawa kain rentang yang tertulis "Kerajaan Malaysia sembunyikan kebenaran".

Suasana menjadi tidak terkawal apabila wartawan luar negara menyerbu ahli keluarga terbabit.


Mereka terjerit-jerit ketika dibilik sidang media
Salah seorang ahli keluarga mula menangis dan menjerit-jerit  menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara kerajaan Malaysia menangani masalah kehilangan pesawat MH370.

Diantara soalan bodoh yang ditanyakan oleh salah seorang wanita warga China ahli keluarga tersebut ialah "Tolong beritahu di mana anak saya, ke mana dia pergi," dalam bahasa Mandarin, sedangkan kerajaan Malaysia sejak hari pertama lagi telah mengerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan pembabitan berpuluh buah negara termasuk dari negara China.


Mengamuk tak tentu pasal
Menyedari keadaan itu, pihak berkuasa meminta ahli keluarga berkenaan bersurai dan keluar daripada bilik sidang media. Kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa dan terus membuat kecoh di lobi hotel berkenaan. Kejadian berlaku kurang setengah jam sebelum sidang media rasmi berlangsung.

Sebelum ini di Beijing, petugas daripada pihak MAS yang dihantar kesana telah dibaling dengan botol air mineral ketika sedang memberi taklimat dan bertindak kurang ajar kepada para petugas sehinggakan duta Malaysia ke negara China telah dinasihatkan oleh pihak keselamatan China supaya tidak hadir diperjumpaan dengan keluarga penumpang MH370 yang berasal dari negara tersebut.


Gambar diatas dan dibawah kelihatan botol air mineral dibaling oleh salah seorang ahli keluarga penumpang MH370 yang diarahkan kepada petugas MAS ketika sessi taklimat disebuah hotel di Beijing.


Seramai 153 penumpang China yang menaiki penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Harap-harap pihak keselamatan dapat menyiasat siapa yang membawa mereka kebilik sidang media tersebut dan seperti ada motif untuk memalukan Malaysia kepada media antarabangsa yang ramai hadir ketika itu.

Seperti yang diketahui dikalangan media antarabangsa sehingga kesaat ini cuba memberi tekanan kepada pihak berkuasa Malaysia dengan soalan-soalan ‘bodoh’ dan berulang-ulang dan cuba menimbulkan andaian-andaian yang tidak munasabah agar Malaysia dimalukan.

Yang peliknya media asing tidak mempertikaikan keupayaan negara Peranchis mencari pesawat mereka yang terjunam didalam laut dan hanya dijumpai setelah dua tahun kejadian sedangkan negara tersebut mempunyai kepakaran yang sangat tinggi didalam bidang ini berbanding dengan Kerajaan Malaysia. 

Diberitakan ada juga dikalangan keluarga penumpang rakyat China akan mengadakan mogok lapar, silakan jika anda hendak berbuat begitu, kami tidak paksa dan jika anda sedih kami seluruh rakyat Malaysia lagi sedih tetapi jangan cuba kurang ajar ketika berada di bumi Malaysia.

Diharap pihak kerajaan tidak mengalah dengan ugutan-ugutan seperti ini, Rakyat Malaysia akan bersatu jika negara ini diancam.

No comments:

Post a Comment