Search This Blog

HOME

Wednesday, March 12, 2014

Noh Hujan mengaku pernah dinasihati isteri supaya berundur dari bidang muzik.

Noh dan isteri Mizz Nina (gambar kecil)

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh mengaku pernah dinasihat isteri, Mizz Nina supaya berhenti dari bidang seni dan mencari kerjaya lain.

Noh berkata, hasrat itu diluahkan Mizz Nina selepas isterinya membuat keputusan mengundurkan diri dari bidang seni sebaik berhijab.

Bagaimanapun, Noh memberitahu, beliau belum memikirkannya secara serius kerana buat masa ini, bidang muzik adalah satu-satunya kemahiran yang dimilikinya untuk mencari rezeki.

“Nina memang ada bagi bayangan supaya saya mengundurkan diri. Ia membuatkan saya terfikir mengenai masa depan. Namun, apabila memikirkan saya hanya tahu main muzik untuk mencari rezeki, saya tidak dapat memenuhi permintaannya.

“Bagaimanapun, tidak mustahil suatu hari nanti, saya akan berbuat demikian. Itu pun selepas memastikan saya ada punca rezeki lain yang lebih kukuh,” kata Noh ketika ditemui pada majlis pradengar album solonya di studio terbaharu miliknya, Pharcyde Studio di Ampang, petang kelmarin.


Sumber - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment