Search This Blog

HOME

Sunday, March 16, 2014

MH370: Polis siasat kru, penumpang pesawat hilang prosedur biasa

DOAKAN UNTUK MEREKA

KUALA LUMPUR: Siasatan polis ke atas anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia yang hilang merupakan prosedur biasa, kata Kementerian Pengangkutan hari ini, dan menggesa orang ramai tidak membuat kesimpulan mengenai perkara itu.

Katanya dalam kenyataan, polis menjalankan siasatan ke atas anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, dan juga jurutera yang terlibat dengan pesawat itu sebelum berlepas.

"Polis menjalankan pemeriksaan di rumah juruterbang pada Sabtu, 15 Mac. Pegawai menemu bual anggota keluarga juruterbang dan pakar-pakar sedang memeriksa simulator juruterbang berkenaan. Pada 15 Mac, polis turut memeriksa rumah pembantu juruterbang," kata kenyataan itu.

Katanya operasi mencari dan menyelamat MH370 terus menjadi usaha melibatkan pelbagai negara diketuai Malaysia dan pegawai Malaysia sedang menghubungi negara-negara di sepanjang 'koridor utara dan selatan' yang mungkin telah dilalui pesawat itu.

Koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan sehingga ke utara Thailand manakala koridor selatan, dari Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.

Sumber - BERNAMA

No comments:

Post a Comment