Search This Blog

HOME

Monday, March 10, 2014

ZED ZAIDI SIAPA ANDA SEBENARNYA.

Zed Zaidi, anda perlu banyak belajar, anda belum layak untuk memimpin sebuah persatuan. 

Semasa keluarga penumpang MH307 sedang bersedih menghadapi dugaan daripada Allah S.W.T., anda telah mengoreskan kata-kata yang sangat menyakitkan hati mereka, walaupun anda mungkin tidak bermaksud begitu tetapi keceluparan anda untuk menghina MAS telah terkena tempiasnya kepada mereka.

Saudara Zed Zaidi siapa anda sebenarnya?, adakah anda ingin mendapatkan perhatian dan mengharapkan sokongan orang ramai dengan kata-kata nista anda itu, apa yang anda dapat dengan menghina MAS apabila menimbulkan isu ‘nasi lemak telanjang’.

Untuk apa kenyataan ini?
Sebagai seorang yang terpelajar dan pernah memimpin satu persatuan iaitu SENIMAN dengan ahlinya mungkin beratus atau beribu orang........ (sayapun tidak tahu berapa ramai ahli seniman sebenarnya) reputasi anda sepatutunya boleh dijadikan contoh kepada masyarakat tetapi malangnya anda sendiri yang mencemarkan reputasi anda sendiri.

Saya berasa kesian kepada anda sebenarnya, sepatutnya sebagai orang yang terkenal dan dikenali ramai anda telah menunjukkan contoh yang amat buruk kepada peminat anda dan sebagai bekas Presiden Seniman anda masih tidak tahu bagaimana untuk berkata-kata ketika orang lain sedang menghadapi kesusahaan.............. rupa-rupanya anda masih cetek didalam berkata-kata kecuali apabila dibekalkan dengan ‘skrip’ yang ditulis oleh orang lain.

Saya berharap anda bermuhasabah diri dan memohon ampun jika anda berasa bersalah tetapi jika anda masih tetap dengan pendirian anda........... TERPULANG.......... hanya Allah S.W.T. sahaja yang akan menentukan siapa anda sebenarnya selepas ini.


ADMIN 

No comments:

Post a Comment