Search This Blog

HOME

Tuesday, December 31, 2013

Hantu bernama Kuchisake-onna, hantu paling ditakuti di Jepun.



Gambar hiasan

Salah satu legenda hantu wanita popular di Jepun ialah Kuchisake-onna.

Dikatakan pada zaman dahulu, hantu yang digambarkan sebagai mempunyai mulut yang terkoyak bernama Kuchisake-onna ini adalah seorang wanita yang sangat cantik dan merupakan isteri seorang Samurai. Kerana cemburu suami wanita ini telah merobek mulut isterinya kerana menyangkakan bahawa isterinya telah main kayu tiga.

Gambar hiasan
Masyarakat di Jepun sangat takut jika terserempak dengan hantu ini, ada yang mengatakan pernah terserempak dengan hantu ini yang memakai topeng bedah untuk menutup luka dimulutnya dan telah ditanya oleh hantu tersebut adakah wajahnya cantik, jika dijawab ‘ya’ hantu tersebut akan membuka topeng di mukanya dan bertanya soalan yang sama jika dijawab tidak dikatakan hantu itu akan membunuh mereka.

Ada juga mengatakan hantu tersebut suka memburu kanak-kanak dan selalu membawa gunting.

Menyeramkan - Sesiapa yang duduk dikerusi ini akan mati.




Pada tahun 1702, seorang lelaki bernama Thomas Busby telah dihukum mati kerana melakukan kesalahan berat.

Permintaan terakhir Thomas sebelum menjalani hukuman gantung adalah makan di tempat kesukaannya iaitu disebuah restoran di Thirsk, England.

Setelah Thomas selesai makan dia lalu berdiri dan berkata, “Sesiapa yang duduk di kerusi ini akan mati secara t”, lalu beliau berlalu pergi dibawa keluar oleh Warden penjara untuk menjalani hukuman.


Cerita ini berlaku semasa Perang Dunia II. Ramai pegawai dan anggota tentera yang pergi ke restoran tersebut dan duduk di kerusi itu didapati tidak akan kembali dari medan perang kerana terbunuh semasa berperang.

Masyarakat tempatan percaya kutukan oleh Thomas memang benar-benar terjadi.


Pada tahun 1967, dua orang juruterbang sebuah pesawat tentera yang baru sahaja selesai makan di restoran tersebut telah terkorban apabila pesawat mereka menjunam dan melanggar pokok.

Manakala pada tahun 1970 seorang lelaki cuba menguji keberkesanan sumpahan ‘Kerusi Thomas’ itu apabila duduk dikerusi tersebut semasa mengunjungi restoran itu dan pada petangnya beliau telah terbunuh apabila jatuh didalam lubang disebuah bangunan.

Setahun kemudian, seorang tukang atap tidak sengaja duduk di kursi kutukan tersebut. Tidak berapa lama kemudian dia terbunuh apabila atap yang diperbaikinya runtuh lalu menghempapnya.

Setelah mendapati terlalu ramai yang mati setelah duduk dikerusi tersebut, tuanpunya restoran telah menghantarnya ke Muzium dan digantung setinggi 1.5m agar tiada sesiapa yang terduduk atau cuba duduk di kerusi tersebut.

Kerusi yang dinamakan Busby's Chair atau kerusi Thomas Busby itu juga dikenali sebagai kerusi kematian telah diserahkan kepada pihak muzium di Thirsk, England pada tahun 1972.

Lukisan yang boleh membuatkan rumah terbakar.


The Crying Boy


Lukisan biasanya kerap menghiasi rumah kita. Mulai dari lukisan pemandangan, lukisan binatang ataupun lukisan berupa potret manusia. Selama ini lukisan Monalisa terkenal karena misterinya. Tidak hanya Monalisa, ada banyak lukisan lain yang menyimpan misteri, salah satunya lukisan yang dinamakan ‘Crying Boy’.

Lukisan bergambar budak lelaki yang sedang menangis ini dinamakan Crying Boy. Lukisan yang terlihat suram ini ternyata menyeramkan dan menyimpan kutukan yang amat dahsyat.

Bermula pada tahun 1988 sesiapa yang memiliki lukisan akan menghadapai bencana rumah mereka terbakar seperti apa yang berlaku kepada satu keluarga di Heswall, England.

Lukisan ini diketahui merupakan karya seorang seniman Sepanyol bernama Franchot Seville, Lukisan yang menggambarkan budak yang sedang menangis ini terus diminati oleh orang ramai.

Kejadian seterusnya berlaku di Bradfod dimana sebuah rumah telah terbakar dan setelah api padam mereka terkejut lukisan tersebut berada didalam rumah tersebut tanpa terjejas.

Rentetan daripada banyak lagi kejadian kebakaran berlaku kepada sesiapa yang memilikinya ada yang beranggapan lukisan tersebut mempunyai ‘sumpahan’.

Ramai yang tertanya-tanya siapa budak lelaki yang menjadi model didalam lukisan tersebut.

Pelukis lukisan tersebut berkata budak tersebut sebenarnya dijumpainya disuatu tempat dan bernama Don Bonillo, diberitakan budak tersebut telah lari dari rumah setelah melihat orang tuannya meninggal didalam kebakaran.

Setelah itu mana-mana juga rumah yang ditumpangi budak itu akan berlaku kebakaran. Tidak diketahui dimana budak tersebut berada sekarang setelah Franchot Seville selesai melukis gambarnya.

Hasil daripada lukisan tersebut membuatkan pelukis yang bernama Franchot Seville ini menjadi kaya tetapi malangnya studio tempatnya melukis hangus terbakar.

Monday, December 30, 2013

Unik - Pengemis di China guna bantuan burung kecil untuk pengemis. (Video)




Bila kita melihat seseorang itu sedang mengemis akan secara spontan kita akan merasa kesian didalam hati kita dan akan menghulurkan duit, tetapi dizaman sekarang ramai sungguh pengemis yang ditaja.  

Tetapi seorang pengemis di negara China menggunakan pendekatan yang bijak untuk mengemis.

Pengemis tua ini menggunakan seekor burung yang telah dididiknya untuk mengutip duit syiling hasil pemberian orangramai yang diletakkan ditelapak tangan mereka.

Cara pengemis ini mengemis menjadikan dianya begitu popular dan secara tidak langsung dia menjadi penghibur jalanan.

Jom lihat video dibawah..........


Sumber

Kemajuan sains, Doktor di China jahit tangan lelaki ini di kaki. (Gambar & Video)




Xiao Wei kehilangan tangan kanannya dalam kemalangan di tempat kerja namun para doktor tidak dapat menyambung ke lengannya segera.


Walaubagaimanapun kebijksanaan para doktor berjaya menyelamatkan tangannya tetapi terpaksa disambung sementara ke kakinya bertujuan untuk ‘meminjam’ saluran darahnya.


Setelah sebulan, para doktor berjaya memindahkan semula tangannya ketempat asal.


Menurut laporan pemuda tersebut terpaksa menjalani beberapa pembedahan bagi memastikan tangannya akan berfungsi seperti sediakala.

Cairian Healy dari persatuan doktor bedah England mengatakan prosedur pembedahan seperti itu jarang dilakukan namun para doktor China sangat berpengalaman dalam pembedahan mikro.

Ia mengatakan yang paling penting adalah 'menyelamatkan' tangan yang akan disambung semula kepergelangan tangannya. Tetapi Healy mengatakan tidak semua prosedur seperti itu akan berjaya.

Lihat video dibawah..........