Search This Blog

HOME

Tuesday, December 31, 2013

Menyeramkan - Sesiapa yang duduk dikerusi ini akan mati.




Pada tahun 1702, seorang lelaki bernama Thomas Busby telah dihukum mati kerana melakukan kesalahan berat.

Permintaan terakhir Thomas sebelum menjalani hukuman gantung adalah makan di tempat kesukaannya iaitu disebuah restoran di Thirsk, England.

Setelah Thomas selesai makan dia lalu berdiri dan berkata, “Sesiapa yang duduk di kerusi ini akan mati secara t”, lalu beliau berlalu pergi dibawa keluar oleh Warden penjara untuk menjalani hukuman.


Cerita ini berlaku semasa Perang Dunia II. Ramai pegawai dan anggota tentera yang pergi ke restoran tersebut dan duduk di kerusi itu didapati tidak akan kembali dari medan perang kerana terbunuh semasa berperang.

Masyarakat tempatan percaya kutukan oleh Thomas memang benar-benar terjadi.


Pada tahun 1967, dua orang juruterbang sebuah pesawat tentera yang baru sahaja selesai makan di restoran tersebut telah terkorban apabila pesawat mereka menjunam dan melanggar pokok.

Manakala pada tahun 1970 seorang lelaki cuba menguji keberkesanan sumpahan ‘Kerusi Thomas’ itu apabila duduk dikerusi tersebut semasa mengunjungi restoran itu dan pada petangnya beliau telah terbunuh apabila jatuh didalam lubang disebuah bangunan.

Setahun kemudian, seorang tukang atap tidak sengaja duduk di kursi kutukan tersebut. Tidak berapa lama kemudian dia terbunuh apabila atap yang diperbaikinya runtuh lalu menghempapnya.

Setelah mendapati terlalu ramai yang mati setelah duduk dikerusi tersebut, tuanpunya restoran telah menghantarnya ke Muzium dan digantung setinggi 1.5m agar tiada sesiapa yang terduduk atau cuba duduk di kerusi tersebut.

Kerusi yang dinamakan Busby's Chair atau kerusi Thomas Busby itu juga dikenali sebagai kerusi kematian telah diserahkan kepada pihak muzium di Thirsk, England pada tahun 1972.

No comments:

Post a Comment