Search This Blog

HOME

Wednesday, December 25, 2013

Rasisnya mereka ini - Kisah benar gadis Melayu tidak diterima berkerja kerana bertudung. (Video)



Wan Nurul Izah lepasan Universiti luar negara kecewa tidak diterima berkerja kerana bertudung.


Isu ini menjadi topik hangat dalam kalangan pengguna Internet selepas seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerjanya di sebuah butik ternama di sini, ditolak atas alasan dia bertudung.

Mira Kamil yang pernah menuntut di United Kingdom selama empat tahun dan sedang mencari kerja sementara memuat naik status itu di laman Facebook yang dikongsi hampir 8,500 pengguna Facebook.

Norqistina Ahmad Danial, kecewa dasar diskriminasi yang diterimanya di negara sendiri.
“Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang bertudung” dan “sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini.” Itu antara kata-kata diterima Mira.

Bagi mendapatkan kepastian dakwaan Mira, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dengan memohon kerja di beberapa premis berkenaan.

Harap-harap pak menteri jangan duduk goyang kaki aje di kerusi empok tu, tolong siasat dan ambil tindakan........... 


Jom tonton video hasil risikan oleh wartawan Harian Metro dibeberapa buah syarikat rasis ini ...........

No comments:

Post a Comment