Polis Singapura takkan tengok aje.......... gempur lerrr |
Rusuhan yang berlaku di kota Singapura amat-amat mengejutkan, kerana selama ini kita diuar-uarkan kononnya negara Singapura adalah negara yang paling aman di dunia, negara paling selamat di dunia dan negara yang paling ‘security’ di dunia.
Namun, apabila melihat kenderaan Polis Singapura diterbalikkan, kenderaan Ambulance Sigapura turut dirosakkan, cermin bas dipecahkan dan paling tidak masuk akal 10 anggota Polis Singapura cedera, juga gambaran ahli paramedik Singapura melarikan diri dan meninggalkan tempat kejadian, saya menggeleng-geleng kepala.
Lihatlah perusuh-perusuh itu memecahkan cermin bas dan kenderaan persendirian yang lain, Lihatlah bagaimana perusuh menterbalikkan kenderaan Polis Singapura, Pasukan keselamatan Singapura tidak dapat berbuat apa-apa, mereka gagal menyelamatkan kenderaan Polis mereka sendiri! Jika perkara ini mereka gagal hadapi, bagaimana jika jumlah perusuh itu mencecah 50,000 dan 100,000 orang. Adakah Singapura mampu menanganinya?.
Gambaran ini membuktikan Singapura bukanlah sebuah negara yang selamat diduduki, kurang selamat untuk berniaga dan kurang selamat untuk dilawati. Kerana bila-bila masa, negara Singapura boleh menjadi negara terbakar dalam sekelip mata. Singapura gagal mengawal hanya kira-kira 400 perusuh sebagaimana dilaporkan media, bayangkan jika perusuh berjumlah 4,000 atau 40,000.
Rupa-rupanya Singapura yang aman di persepsi dunia, hanya “sepetik” senggolan, sudah bisa menjadi kacau-bilau dan menakutkan.
Kelemahan Perdana Menteri Singapura
Ternyata, Perdana Menteri Singapura hari ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang menyakinkan. Dia tidak seperti bapanya, di mana bapanya telah berjaya menghapuskan sesiapa sahaja yang boleh menghancurkan keamanan negara Singapura, bapanya berupaya mematikan api kecil sebelum merebak menjadi besar, bapanya mempunyai satu method yang konservatif tetapi berjaya iaitu pastikan pihak musuh dan pihak pembangkang semakin lemah dan kecil.
Kelemahan pasukan Risikan negara Singapura terbukti apabila rusuhan yang menjelekkan muka Singapura di mata dunia itu tidak berjaya ditanganin dari awal. Saya yakin, selepas ini ranking Singapura sebagai sebuah negara yang selamat akan dipertikaikan dan merudum.
Kelemahan, kelewatan dan kegagalan Singapura mengawal insiden tersebut membuka mata kepada seluruh dunia bahawa keselamatan di negara Singapura telah menjadi persoalan besar! Kini, pelabur sudah pasti akan bertanya masa depan perniagaan mereka di negara kecil Singapura itu.
Rakyat Malaysia masih belum lupa, bagaimana bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew yang gemar menghina negara-negara jirannya telah mengatakan bahawa Johor Bahru bukan tempat yang selamat untuk rakyat Singapura, bagaimanapun rakyat Singapura yang bukan 'bodoh' hampir setiap hari terutama dihujung minggu pergi ke Johor Bahru untuk membeli belah bukan sahaja membeli keperluan harian malah minyak petrol pun dibeli di Johor Bahru dan kalau diperhatikan rakyat mereka lebih suka meludah dimerata tempat berbanding pelancong yang datang ke negara tersebut dan akhirnya ludahan mereka telah kena ke muka sendiri.
Sebenarnya di Malaysia terutama di Johor Bahru lebih selamat dari berada di Singapura kalau tidak kenapa mereka lebih suka datang ke Johor Bahru?.
Lihat gambar2 dan video bagaimana paramedik laritunggang langgang untuk menyelamatkan diri........
Lihat gambar2 dan video bagaimana paramedik laritunggang langgang untuk menyelamatkan diri........
No comments:
Post a Comment