|
Lelaki Kurdish ini sedang disoal siasat oleh pihak polis. |
Seorang lelaki berbangsa Kurdish didalam satu majlis disebuah dewan entah macamana telah terlepas dari kawalan lalu beliau menaiki pentas dan terus berucap dihadapan Permaisuri Belanda, Queen Beatrix Wilhelmina Armgard yang baru sahaja duduk dikerusinya.
Mereka yang berada didalam dewan terpinga-pinga dengan ucapan daripada lelaki tersebut yang mengajak supaya mereka yang berada didalam dewan memeluk Agama Islam.
Semasa lelaki tersebut mula memberi ucapan, kelihatan pemain-pemain muzik dari sebuah orkestra bergegas turun dari pentas dan beliau sempat menoleh kearah pemain muzik orkestra tersebut sambil berkata, “Tiada apa yang perlu dirisaukan, tiada bom disini, sila duduk semula, saya bukan orang gila”, lalu beliau meneruskan ucapannya.
Beberapa potong ayat suci Al-Quran telah dibacakan oleh lelaki tersebut dan setelah dua minit dia berucap kelihatan pengawal keselamatan bergegas membawa turun lelaki tersebut dari atas pentas dan mula menyoalnya diluar dewan.
Kepada sesiapa yang belum melihat video ini silalah lihat keberanian lelaki ini dibawah............
No comments:
Post a Comment