Sebelum dunia diperkenalkan dengan powerpoint, pekerja di NASA terpaksa menulis dengan menggunakan kapur seperti kita gunakan semasa dialam persekolahan di zaman 60an.
Oleh kerana pihak Rusia telah berjaya menghantar seorang angkasawan ke angkasa, pihak Amerika Syarikat juga tidak mahu ketinggalan dan berusaha membuat pelbagai kajian dan analisa yang berpusat di NASA.
Untuk memudahkan dilihat oleh para pegawai termasuk saintis didalam sebuah bilik yang besar mereka terpaksa menggunakan sebuah ‘papan hitam’ yang besar dan tingginya lebih kurang 25 kaki dan terpaksa menggunakan tangga seperti yang kita lihat gambar diatas.
No comments:
Post a Comment