Search This Blog

HOME

Wednesday, December 11, 2013

Tragis - Ahli politik Filipina berjaya rakam gambar salah seorang pembunuhnya sebelum dibunuh.



Reynaldo Dagsa

Inilah gambar yang sangat tragis dimana seorang ahli politik Filipina, Reynaldo Dagsa, telah keluar meraikan malam tahun baru bersama keluarganya disebuah restoran di Manila.

Isteri, ibu mertua dan anak perempuannya sedang berposing sambil Reynaldo Dagsa mengambil gambar mereka, kelihatan seorang lelaki dibelakang, memakai topi sedang mengacukan pistol ke Reynaldo Dagsa.
 
Semasa sedang bersedia untuk merakam gambar keluarganya diluar sebuah restoran seorang pemuda yang berdiri dibelakang keluarganya mengacukan pistol kepadanya dan sebaik sahaja beliau merakam gambar tersebut pemuda tersebut terus menembaknya.

Wajah Arnel Buenaflor yang berjaya dirakam oleh mangsanya


Arnel Buenaflor
Akibat daripada tembakan tersebut Reynaldo rebah betul-betul dihadapan isteri, anak dan ibu mertuanya dan beliau telah dikejarkan ke hospital tetapi telah disahkan mati semasa didalam perjalanan ke hospital.

Pihak polis telah berjaya menangkap pembunuh tersebut yang dikenali sebagai Arnel Buenaflor didalam bilik sewanya di Utara Filipina melalui rakaman yang dibuat oleh Reynaldo sebelum kematiannya dan berkata sebenarnya ada dua orang pembunuh semasa kejadian tersebut, pembunuh kedua yang berada dibelakang Reynaldo yang tidak terakam gambarnya telah melepaskan satu das tembakan tetapi tersasar manakala Arnel Buenaflor telah melepaskan empat das tembakan dan salah satu daripada tembakannya mengenai tepat didada Reynaldo.

Sumber

No comments:

Post a Comment