Search This Blog

HOME

Friday, December 6, 2013

Mengapa Syiah Sangat Membenci Malaikat Jibril?




Sungguh Syiah telah terpengaruh dengan keyakinan Yahudi dalam hal permusuhan mereka terhadap Malaikat Jibril ' alaihis salam.

Berikut adalah penjelasan dari Asy-Sheikh Al-Allamah Sholih Al-auzan (Anggota Dewan Fatwa Arab Saudi) dalam kitabnya Al- anhah Ar-Robbaniyah fi Syarhil Arba'ina An - Nawawiyah , hal.53 - 54 Cet . Darul ' Ashimah :

" Diantara mereka ada yang memusuhi para malaikat, diantara mereka ada juga yang memusuhi sebahagian malaikat. Seperti Yahudi yang memusuhi Malaikat Jibril ' alaihis salam. Mereka mengatakan Jibril musuh kami, seandainya yang turun kepada Muhammad ( untuk menyampaikan wahyu ) bukan Jibril pasti kami akan beriman kepadanya tetapi kerana yang turun kepadanya adalah Jibril maka kami tidak mahu beriman kepadanya kerana Jibril adalah musuh kami. Allah berfirman :

Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Quran) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman * Barang siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibril dan Mikail, Maka Sesungguhnya Allah adalah musuh orang-orang kafir "(QS. Al-Baqarah: 97-98)

Syiah juga ada yang memusuhi Jibril kerana terpengaruh dengan Yahudi.

Mereka berkata: Sesungguhnya risalah (kenabian) untuk Ali tetapi Jibril khianat dan memberikannya kepada Muhammad.

Seorang penya'ir mereka berkata:

Telah berkhianat Al-Amin (Jibril) dan menghalangnya dari Haidaroh ('Ali)"

Sumber - Oleh : Asy - Sheikh Sholih Al-Fauzan Hafizhahullah Ta'ala.

1 comment:

  1. Yahudi hendak melantik siapa yang dia suka mengikut hawa nafsu walaupun Allah telah memilih Nabi Muhamad sebagai penghulu nabi sebelum wujudnya dunia dari http://tipsdiet.jomaffiliate.net

    ReplyDelete