Rabecca Nur Al Islam |
KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal Erma Fatima mengambil pendekatan menyindir pelakon Rabecca Nur Al Islam di akaun Instagram miliknya pagi ini kerana memulangkan semula bayaran saman berbentuk duit syiling 5 sen bernilai RM11,200 serta senakshah al-Quran selepas pelakon itu memenangi kes samannya pada 8 November lalu.
Erma dalam beberapa kenyataan yang dimuat naik pada aplikasi sosial itu berkata, tindakan Rabecca menolak pemberiannya adalah perbuatan yang tidak baik.
Gambar 'sindiran' yang dimuat naik dalam akaun Instagram peribadi Erma Fatima |
"Tak baik you reject coin (awak tolak duit syiling) 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems (nampaknya) Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca," katanya yang dipetik daripada Instagram itu.
Petang semalam, Rabecca menerima wang tuntutannya daripada Erma sebanyak RM11,200 dalam bentuk wang syiling 5 sen selepas memenangi kes tuntutan terhadap pengarah drama itu 8 November lalu.
Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Julai lalu.
No comments:
Post a Comment