Search This Blog

HOME

Wednesday, December 18, 2013

ADI PUTRA TERLEPAS, PEGAWAI PENYIASAT SANGKUT.



Adi Putra

Nampaknya kes Adi Putra ni daripada kecil dah jadi besar, puncanya apabila suami kepada isteri orang tu tak boleh menerima bahawa kes tersebut NFA atau dalam erti  kata ‘tiada tindakan diambil’.

Selalunya bila kes NFA salah satunya mungkin disebabkan tiada bukti yang boleh dikaitkan untuk diambil tindakan, itupun jika pegawai yang menyiasat kes tersebut telah berusaha sedaya upaya untuk mencari bukti, bak kata pepatah dia dah cari bukti sampai ke ‘lubang cacing’ masih tak dapat juga dan ini mungkin boleh dikategorikan sebagai NFA.

Masalahnya sekarang wanita tersebut telah war-warkan di media bahawa ada pertukaran gambar yang menjijikkan telah berlaku diantara dia dan artis tersebut............ so, apa yang Pegawai Penyiasat perlu buat?, apa bukti utama yang perlu diambil oleh Pegawai Penyiasat, sudah tentu telefon bimbit mereka berdua akan dijadikan barang kes untuk disiasat, bukannya susah sangat kalau nak di ‘bongkar’ apa yang ada kat dalam telefon bimbit tu, semua Pegawai Penyiasat PDRM tau apa nak buat.

Amiruddin Osman menunjukkan gambar pegawai penyiasat bergambar dengan Adi Putra
Lebih membuatkan kes ini menjadi topik hangat apabila Pegawai Penyiasat tersebut telah bergambar berdua dengan Adi Putra dan gambar tersebut telah berjaya dimiliki oleh suami wanita tersebut.

Tak salah Pegawai Penyiasat bergambar sebab Adi Putra adalah seorang artis yang popular, masalahnya sekarang apabila kes tersebut di NFA ianya akan menjadi ‘tohmahan’ dan pihak yang mengadu akan mengatakan kes ini berat sebelah.

Nampaknya kes ini telah diadukan ke Cawangan Tatatertib Bukit Aman dan diminta dibuka untuk disiasat semula oleh suami wanita tersebut.

Cawangan Tatatertib Bukit Aman tidak boleh mengambil ringan kes ini, sesuatu perlu dilakukan dan tidak salah untuk dibuka semula kes ini atas permintaan pihak yang merasa teraniaya.

Jangan disebabkan gambar mereka berdua, nama PDRM yang tercemar............... kena ingat artis bukan malaikat, bila tak kuat iman dan si Qarin tu asyik dok sondol hatinya supaya melakukan kejahatan, maka kejahatanlah yang akan dibuatnya............ nampak macam ada yang tak kena dengan kes ni......... nanti kita tunggu apa kesudahannya.

No comments:

Post a Comment