Search This Blog

HOME

Sunday, December 22, 2013

‘SAYA JANTAN TAK GUNA’.




Florida: Seorang wanita yang dipukul selepas enggan melayan lelaki tidak dikenalinya menggugurkan tuduhan apabila penyerangnya bersetuju duduk di tepi jalan memegang papan tanda mengutuk dirinya sendiri.

Gabriel Urena meraba Alisha Hessler, 20, yang tidak pernah ditemui sebelumnya selepas menari di kelab malam sehingga memaksa wanita itu memukulnya apabila enggan berhenti.

Alisha Hessler yang teruk dibelasah
Bagaimanapun, Urena membelasah Alisha sehingga mangsa mengalami konkusi.

Alisha pada mulanya bercadang memfailkan tuduhan terhadap Urena, namun berubah fikiran apabila melihat lelaki itu menulis pengakuan serta rasa bersalah di Facebook.

Berikutan itu, dia bersetuju memberi hukuman berbeza kepada Urena.

Urena bersetuju menjalani ‘hukuman’ dikenakan Alisha.
Lelaki itu diarahkan duduk di persimpangan sibuk selama lapan jam memegang papan tanda besar tertulis ‘Saya pembelasah wanita. Bunyikan hon jika anggap saya jantan tak guna’ sambil memakai ‘dunce cap’.

“Saya rasa ini pengajaran besar baginya dan dia akan berfikir sebelum melakukannya lagi.

“Memang saya memukulnya kerana meraba saya, namun tiba-tiba dia menyerang bertubi-tubi,” kata Alisha.


Dia menganggap tindakannya itu wajar berbanding hukuman penjara setahun.

Bagaimanapun, keputusannya itu tidak dipersetujui pihak polis yang menganggap dia bertindak sesuka hati.

Malah, usaha polis menghubungi Alisha juga tidak membuahkan hasil apabila wanita itu tidak membalas panggilan.

No comments:

Post a Comment