Kerajaan negara2 Islam diibarat seekor Lembu yang senyap terhadap isu di Syria dan Mesir |
Mengejutkan apabila seorang wartawan di TV Turki membawa seekor lembu kedalam studio dengan tujuan untuk membuat temuramah terhadap haiwan itu, pelik betul wartawan ni.
Tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah ia satu sindiran yang sangat tajam terhadap kerajaan negara-negara Islam di seluruh dunia yang seolah-olah menjadi bisu, pekak dan buta terhadap apa yang terjadi di negara Syria dan Mesir.
Belum nampak lagi mana-mana kerajaan Islam di dunia yang begitu lantang menentang ketidakadilan yang berlaku di Syria dan Mesir kecuali Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan yang seringkali mengeluarkan kritikan yang pedas terhadap pemimpin Syria yang membunuh rakyatnya yang berfahaman Ahlil Sunnah dan kuasa tentera Mesir yang merampas kuasa terhadap Presiden yang sah Muhammad Morsi.
Wartawan tersebut juga mengatakan bagaimana Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan telah menangis semasa menceritakan seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Mohammad al-Beltagy yang telah mengutus surat kepada anak perempuannya, menceritakan bahawa anaknya telah mati dibunuh oleh pasukan keselamatan Mesir pada 14 Ogos 2013.
“Airmata yang mengalir itu adalah daripada seorang bapa, bukan seorang Perdana Menteri”, kata wartawan tersebut apabila mengulas tentang airmata yang mengalir di pipi Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan semasa menceritakan kisah tersebut.
Sumber - FB Ikhwanul Muslimin
No comments:
Post a Comment