Seorang wanita berasal Toldeo, Ohio, Amerika Syarikat, mempunyai ketagihan yang sangat aneh.
Wanita yang bernama Brittoni ini mempunyai ketagihan memakan eyeshadow. Brittoni mengaku ia sudah mula ketagih memakan eyeshadow sejak usia 5 tahun.
Awalnya, ia berfikir bahawa dengan memakan eyeshadow ia akan kelihatan cantik dari luar dan dalam. Dalam sehari, Brittoni mampu menghabiskan 15 eyeshadow, dan kini Brittoni telah mengambil lebih dari 10 ribu eyeshadow. Wanita yang berusia 22 tahun ini mengaku bahawa ia pernah mengalami serangan jantung pada usia 12 tahun, ini disebabkan kerana ketagihan aneh itu.
Walaupun ketagihannya membahayakan dirinya , namun Brittoni tidak boleh menghilangkan ketagihan ini. "Ini seperti ketagihan gula-gula favorite kamu. Saya lebih suka eyeshadow yang berwarna, abu-abu, putih, dan coklat, mereka terasa lebih bersih dari pada warna gelap, "ujar Brittoni. Namun, setelah doktor menjelaskan kepadanya bahawa pembayang mata dibuat dari bahan kimia seperti arsenik, kadmium, timah, dan nikel.
Brittoni berjanji tidak memakannya lagi. Selain itu, doktor juga mengatakan bahawa bahan kimia tersebut sangat berbahaya jika dimakan, dan boleh menyebabkan penyakit jantung dan kanser, bahkan kematian.
No comments:
Post a Comment