Search This Blog

HOME

Tuesday, February 4, 2014

Kreatif - Wanita China ini mengait ‘Sweater’ guna rambut sendiri sebagai benang.

Xiang bersama sweater dan topi yang telah disiapkan untuk suaminya
Seorang wanita berasal dari negara China telah berjaya menciptakan sebuah karya yang sangat menakjubkan, iaitu mengait pakaian dengan menggunakan rambutnya sendiri menggantikan benang.

Sewaktu mudanya  Xiang yang juga bekas guru wanita yang berusia 60 tahun ini memiliki rambut yang sangat cantik dan panjang. Seakan tak mahu kehilangan rambutnya, wanita ini ingin mengabdikannya dengan cara membuat sesuatu dari rambut indahnya untuk suami tercinta dan dari situlah dia mendapat idea untuk mengait rambutnya bagi dijadikan baju sejuk dan topi untuk suaminya.

Rambut Xiang yang sudah dikait dirakam dari jarak dekat
Xiang telah menggunakan sebanyak 116 ribu helai rambutnya untuk merajut atau mengait baju dan topi tersebut dan mengambil masa selama 11 tahun untuk menyiapkannya.

Xiang bersama suami
Xiang mula mengait baju dan topi tersebut semasa usianya 49 tahun. Baju tersebut yang beratnya 382 gram, sedangkan untuk topinya memiliki berat sekitar 119 gram dan kini wanita tersebut sedang merancang untuk berkait lagi untuk membuat sesuatu untuk suaminya.


Sumber - Huffingtonpost

No comments:

Post a Comment