Batu Trovants |
Romania mempunyai sebuah tarikan tersendiri yang disebut Trovants. Benda itu merupakan sebuah keajaiban geologi dengan sebuah batu yang akan membesar ketika hujan dan boleh berpindah sendiri.
Batu yang namanya bermakna “pasir disimen” itu terdapat di daerah Costesti. Trovants berbentuk bola pasir yang muncul di permukaan tanah setelah berlaku aktiviti seismik yang kuat.
Gempa bumi memunculkan batu tersebut 6 juta tahun yang lalu.
Trovants kemudian tumbuh ketika terkena dengan air. Akhirnya, dari ukuran semulajadi 6-8 mm kini telah mencapai 6-10 meter atau lebih.
Proses pertumbuhan itu dibuktikan dengan adanya lingkaran usia pada batu, sama seperti pokok.
Trovants mempunyai teras baru dengan kulit luar yang terdiri daripada pasir. Selepas hujan lebat maka batuan kecil akan jadi besar dan kesemua batu tersebut bentuknya seakan mirip.
Ada banyak teori, dari ilmiah hinggalah mistik, mengenai keanehan Trovans.
Saintis yakin di sebalik cengkerang batu tersebut mengandungi mineral tinggi yang jika basah akan merebak dan menjadi lebih besar. Namun itu hanya teori yang belum dibuktikan dengan kajian.
Trovants kini menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke Romania. Muzeul Trovantilator (Muzium Nasional Perlindungan Trovants) ditubuhkan pada 2004 dan sekarang dilindungi UNESCO.
No comments:
Post a Comment