Sindiket menggunakan taktik menyembunyikan atau melekatkan dadah pada tubuh badan.
Dadah dibungkus dengan kemas, kemudian dilekat di bahagian peha atau badan. Bahagian peha/badan itu pula akan dibalut lagi dengan plastik berwarna gelap supaya sukar untuk dikesan. Seluar/baju ketat dipakai dahulu, kemudian seluar/pakaian biasa akan dipakai dengan harapan ia akan mengaburi mata pihak berkuasa.
Nasihat polis:
Elakkan diri anda dari menjadi mangsa atau dijadikan mangsa oleh sindiket tertentu yang mengaut keuntungan di atas risiko yang diletakkan kepada Keldai Dadah. Jadilah individu yang bijak menilai di atas setiap tawaran yang diberikan kepada anda.
Mana-mana orang yang disabitkan kesalahan kerana mengedar dan menyeludup dadah boleh dijatuhkan hukuman mati.
No comments:
Post a Comment