Selain paparan taktik menyembunyikan dadah di dalam bungkusan makanan yang disiarkan pada minggu lalu, sindiket penyeludupan juga didapati menggunakan taktik menyembunyikan dadah melalui pakaian atau barangan peribadi.
Antara bahagian-bahagian pada barangan peribadi yang sering dikesan digunakan oleh ahli sindiket untuk menyembunyikan dadah adalah termasuk ruang di dalam tapak kasut, seluar dalam, ruang antara lapisan jaket, tuala dan ketulan sabun yang telah diubahsuai.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan sebarang tawaran oleh mana-mana individu yang meminta untuk membawa bungkusan barangan peribadi dengan upah yang lumayan.
Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa sindiket yang mengaut keuntungan di atas risiko yang diletakkan ke atas diri anda.
Sumber - PDRM
No comments:
Post a Comment