Penyembunyian dadah di dalam kenderaan merupakan siri terakhir bagi taktik penyeludupan dadah.
Taktik yang digunakan adalah dengan menyembunyikan dadah di bahagian atau ruangan tersembunyi di dalam kenderaan seperti siling dan pintu.
Jika anda ditawar atau diminta untuk membawa kenderaan ke mana-mana destinasi dengan upah yang lumayan maka anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan membuat penilaian sewajarnya.
Elakkan diri anda daripada menjadi mangsa sindiket yang mengaut keuntungan di atas risiko yang diletakkan ke atas diri anda.
Sumber - PDRM
No comments:
Post a Comment