Search This Blog

HOME

Wednesday, February 5, 2014

DADAH: KENALI DAN KETAHUI KESANNYA - Bhg.1 Apa itu dadah?


Bahagian 1: Apa itu dadah?

Tahukah anda bahawa dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan.

Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya.

Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

• Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
• Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaanya adalah dilarang;
• Diperolehi secara haram;
• Mengakibatkan penggantungan fizikal dan psikologikal dan peningkatan daya tahap terhadap dadah dan;
• Mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Ikuti jenis-jenis dadah dan kesan pengambilannya dalam siri seterusnya minggu hadapan.

Sumber - PDRM

No comments:

Post a Comment