Search This Blog

HOME

Wednesday, February 5, 2014

DADAH: KENALI DAN KETAHUI KESANNYA - Bhg.2 Candu

Bahagian 2: Candu

Candu dihasilkan daripada buah popi muda.

Candu mentah:
Candu mentah dikenali sebagai Black Stuff Opium, Mandat, 'Pen The O' dan Tar. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menganjal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

Candu masak:
Candu masak merupakan candu yang telah disediakan untuk dihisap. Ia diperoleh melalui proses ringkas melibatkan percampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya dipanaskan dan ditapis untuk mengasingkan kekotoran seperti habuk daun popi. Candu masak berwarna coklat gelap dan berupa seperti tar. Candu masak dihisap menggunakan paip atau ‘chasing the dragon’.

Kesan serta-merta terhadap pengambilan candu mentah dan candu masak adalah penagih berasa pening, pernafasan menjadi perlahan, loya, muntah, cirit-birit, rasa keliru dan boleh mengakibatkan si penagih tidak sedarkan diri.

Sumber - PDRM

No comments:

Post a Comment