Search This Blog

HOME

Wednesday, February 5, 2014

DADAH: KENALI DAN KETAHUI KESANNYA - Bhg.4 Ganja

Bahagian 4: Ganja

Ganja ialah istilah umum yang digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok ‘cannabis sativa’. Ia tumbuh subur di kawasan tropika seperti Asia, Mexico, Afrika dan Timur Tengah.

Tumbuhan ganja merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana ‘delta-9-tetra hydrocannabinol’ (THC) merupakan bahan psikoaktif yang utama. THC terkumpul di dalam selaput sel otak dan tubuh manusia.

THC dapat dikesan dalam air kencing dengan ujian tertentu. Ujian ini telah cukup untuk membuktikan sama ada seseorang itu ada menggunakan ganja/kanabis atau tidak.

Kesan penyalahgunaannya akan menyebabkan mengantuk, mudah marah dan resah, kuat bercakap, mata merah, terlampau gembira, Euphoria/ kesugulan, ketawa dan kuat makan. Pengambilan dos yang tinggi akan menyebabkan si penagih khayal dan mungkin menjadikannya tidak waras atau tidak siuman dan mengalami apa yang disebut sebagai 'toxic psychosis'.

Sumber - PDRM

No comments:

Post a Comment