Search This Blog

HOME

Wednesday, February 5, 2014

DADAH: KENALI DAN KETAHUI KESANNYA - Bhg.5 Syabu


Bahagian 5: Syabu (Methamphetamine)

Syabu atau nama saintifiknya ‘Methamphetamine Hydrochloride’ merupakan dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Perkataan syabu berasal dari bahasa tagalog di Filipina.

Ia berbentuk kaca pecah dan kadang-kadang berbentuk seperti tawas. Syabu juga dikenali dengan nama Ice, Glass, Crack Meth, Hiropong atau Batu (stone).

Kualiti syabu boleh dikategorikan kepada tiga iaitu paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan paling rendah kualitinya pula mempunyai rasa pahit.

Syabu akan memberi kesan di antara 15 hingga 60 minit selepas dihisap. Kesannya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam kemudian.

Kesan penyalahgunaannya akan menyebabkan seseorang tidak boleh tidur sehingga 2 ke 3 hari, kegelisahan dan mengalami tekanan perasaan yang teruk dan bertindak ganas dan agresif, penurunan berat badan dan hilang selera makan.

Di samping itu, pengambilan syabu juga akan mengakibatkan kesan psikologi seperti halusinasi dan paranoid.

Sumber - PDRM

No comments:

Post a Comment