Search This Blog

HOME

Monday, February 3, 2014

PELIK - Wanita ini terpaksa menyanyi jika dia ingin melihat dunia........ kalau tidak matanya akan buta.



Moira Gleed menghidap penyakit aneh

Semakin lanjut usia seseorang maka fungsi tubuhnya akan semakin menurun, tak terkecuali fungsi penglihatan dan pendengaran. Namun pekara aneh terjadi pada seorang nenek yang berasal Wrexham, United Kingdom. Moira Gleed menghidap penyakit yang jarang berlaku yang membuatkannya tidak boleh membuka matanya, kecuali ketika bernyanyi.

Penyakit yang jarang berlaku yang dialami Gleed disebut sebagai focal Dystonia atau gangguan saraf yang mempengaruhi otot-otot di sekitar mata dan menyebabkan kelopak mata tertutup dengan sendiri, tapi masih boleh berkerut dan berkelip.

Gleed menghabiskan seumur hidupnya dalam kegelapan hinggalah pada suatu hari ketika dia mencari cara untuk meredakan keadaannya, walaupun hanya sementara, iaitu menyanyi.

"Pada mulanya, kedua-dua mata saya berwarna merah, radang, gatal dan pedih. Kemudian saya mula menyedari kelopak mata saya tertutup dengan sendiri. Saya tak tahu bagaimana menggerakkannya, kecuali jika saya mengangkatnya dengan jari-jari saya," ungkap Gleed.

Menurut Gleed, keadaan ini mengganggu hidupnya kerana dia telah kehilangan pekerjaan sebagai penasihat kerjaya, malah dia tidak boleh memandu keretanya sendiri.

Keajaiban datang pada suatu hari ketika Gleed berlatih menyanyi. Dia menyanyi dengan sepenuh hati dan tiba-tiba dia boleh melihat jurulatihnya.

"Kedua-dua mata saya terbuka!" katanya.

Sebelum ini Gleed berjalan dengan menggunakan tongkat dan cerminmata hitam.

"Mata saya sangat sensitif terhadap cahaya terang. Pada mulanya saya tak mengendahkannya tapi kemudian setelah terkena cahaya itu mata saya mula terasa pedih dan kering.

Saya telah berjumpa dengan doktor pakar mata dan mereka mengatakan saya mengalami radang mata. Ubat-ubatan yang diberikan kepada saya juga tidak memberikan apa-apa kesan," katanya.

Pelbagai ubat juga telah dicuba oleh Gleed namun tidak juga memberikan sebarang kesan. Beberapa diantaranya adalah ubat-ubatan yang dijual di farmasi hingga suntikan botoks yang harus digunakan setiap 10 minit untuk menenangkan otot-otot di sekitar matanya.

Gleed menambah, sepanjang hari dia merasakan seperti ada pasir di dalam kedua-dua matanya dan rasanya kering sepanjang masa. Matanya juga tak dapat dibuka dan tertutup sepenuhnya sehingga menambah kesakitan yang dirasakan Gleed. Namun gejala ini tidak berlaku apabila Gleed menyanyi.

Untungnya, Gleed telah menemui cara untuk mengatasi masalah itu, iaitu hobinya selama ini iaitu menyanyi.

"Mennyanyi juga membuatkan saya melupakan masalah peribadi untuk sejenak. Walaupun sebenarnya agak aneh kerana ketika saya berhenti menyanyi, mungkin pada masa intro atau rehat piano, mata saya menutup tapi apabila saya mula menyanyi ia akan terbuka kembali," ujarnya.

Focal Dystonia adalah salah satu dari jenis penyakit yang jarang berlaku yang menyerang sekurang-kurangnya 70,000 kanak-kanak dan orang dewasa.


"Dystonia adalah gangguan neurologi dimana otak menghantar isyarat yang salah sehingga menyebabkan otot-otot yang menerima isyarat itu menjadi terlalu aktif. Keadaan ini boleh menyerang pelbagai bahagian tubuh yang berbeza, termasuk membuatkannya lumpuh atau menyebabkan kesakitan jika digerakkan,".

No comments:

Post a Comment