Search This Blog

HOME

Monday, February 3, 2014

Wanita pelik berkulit seperti kertas siap boleh tulis nota.

Kalau nak menipu semasa exam memang boleh sangat ni...........

Kebiasaannya buku atau kertas menjadi medium penulisan manusia secara manual. Namun ia bukan lagi satu keperluan bagi wanita yang berasal dari Chengdu, China ini.

Huang Xiangji, 55 tahun, tidak memerlukan sebarang kertas mahupun pen atau pensil untuk menulis. Sebaliknya, jika dia ingin menulis, kulit badannya akan menjadi buku dan kukunya akan menjadi pen.

Mungkin situasi ini dilihat tidak masuk akal kerana bagaimana pula kulit badan manusia boleh dijadikan medium untuk menulis dan kuku sebagai pen? Hanya menggunakan kuku, dia boleh menulis apa saja dikulit badannya.

Berdasarkan laporan China Daily, sejak kecil lagi Huang telah menyedari yang dia boleh menulis dan mengukir apa sahaja dikulitnya. Malah, sewaktu zaman persekolahannya, dia digelar sebagai 'buku bergerak' kerana hampir semua nota-nota pelajaran ditulis dikulitnya.

Disebabkan penyakit yang dianggap sebagai satu kelebihan oleh rakan-rakannya, dia sering kali menjadi tempat rakan sebayanya untuk berhibur. Mereka akan melukis berbagai-bagai watak kartun dan juga pelbagai tulisan lain. Dan dia turut mengakui meniru ketika dalam ujian dengan menulis nota di badannya.

Walaupun dia berasa pelik dengan keadaan dirinya itu, namun kepelikannya itu tidak pernah memberi kesusahan kepadanya. Sebaliknya, menurut Huang, keadaan ini sangat membantu khususnya ketika umurnya yang kini semakin tua.

Setiap kali dia mahu ke pasar raya, dia akan menulis barang-barang yang ingin dibeli di kulit tangannya terlebih dahulu sebelum keluar rumah. Jiran-jiran Huang juga mengangapnya sebagai wanita kertas kerana keunikkannya itu.

Lebih istimewa, perbuatan 'menulis' di kulit menggunakan kuku tidak pernah sama sekali menyakitkan malah ia merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan.

Huang Xiangji sebenarnya telah disahkan oleh pakar perubatan China menghidapi sejenis penyakit kulit yang pelik sejak kecil. Penyakit yang dikenal pasti sebagai artificial urticaria atau dermatographical urticaria merupakan antara penyakit kulit yang jarang ditemui.

Menurut pakar perubatan kulit, Chinese Medical Assosiation, Proffesor Sandra Hsu, dia terperanjat apabila pertama kali bertemu dengan Huang. Ketika itu dia baru berusia 14 tahun. Sepanjang hayatnya inilah kali pertama dia berjumpa dengan manusia yang mempunyai kulit sebegitu. Di sebabkan keunikan itu, Profesor Sandra Hsu sendiri turut mencuba menulis di kulit Huang menggunakan kukunya. Selepas beberapa saat kemudian, tulisan-tulisan tersebut mula timbul dan boleh dibaca dengan jelas. Justeru, pelbagai persoalan timbul apabila melihat keadaan itu. Soalnya bagaimanakah keadaan itu boleh berlaku dan adakah tulisan-tulisan tersebut akan kekal selamanya?

Jelas Hsu, mengikut kajian perubatan, penyakit kulit ini sebenarnya penyakit kulit biasa saja. Ia merupakan tindak balas alergi pada kulit yang membuatkan kulit berasa gatal dan menjadi merah yang akhirnya menimbulkan bintat. Namun, tindak balas alergi sehingga boleh menjadi tulisan pada kulit adalah sesuatu yang jarang berlaku dan ini merupakan kes pertama yang dijumpai di dunia.

Dipercayai, penyakit ini boleh ditemui dalam lingkungan empat peratus sahaja daripada penduduk dunia. Tulisan yang muncul pada kulit itu juga ada kalanya mampu bertahan lama sehingga beberapa hari dan ada juga yang hilang dalam tempoh 15 minit. Kelebihan ini membuatkan Huang menjadi manusia super.

Sumber

No comments:

Post a Comment