Penjaga Gol JDT, Mohd Al Hafiz Hamzah |
JOHOR BAHRU: Malang bagi Pasukan JDT hari ini didalam suasana untuk menghadapi peringkat suku akhir kedua menentang Pasukan Kelantan malam ini mereka terpaksa melupakan khidmat penjaga gol terbaiknya Mohd Al Hafiz Hamzah yang terpaksa pulang ke Johor Bahru apabila menerima berita yang menyedihkan tentang kematian anaknya Muhammad Adam Farish, 2 tahun di Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru pada jam 3 pagi ini.
Arwah dikatakan dimasukkan ke hospital sejak kira-kira dua minggu lalu dan dikatakan mengalami masalah paru-paru sejak dilahirkan dan menerima rawatan, selain pernah dirawat di Kuala Lumpur.
Arwah dikatakan dimasukkan ke hospital sejak kira-kira dua minggu lalu dan dikatakan mengalami masalah paru-paru sejak dilahirkan dan menerima rawatan, selain pernah dirawat di Kuala Lumpur.
Ketua jurulatih JDT, Azmi Mohamed, ketika dihubungi Mohd Al Hafiz yang berada di Kota Bharu, Kelantan untuk perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, bergegas pulang ke Johor Bahru selepas dimaklumkan kejadian itu.
Blog infoduniaaku mengucapkan takziah kepada Mohd Al Hafiz Hamzah yang kehilangan anak tersayangnya dan bagi Pasukan Johor Darul Takzim diharapkan berita ini tidak akan mematahkan semangat mereka untuk bertemu pasukan Kelantan didalam suku akhir kedua pada malam ini. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment