Baru-baru ini dinegara kita kecoh apabila sebuah sekolah telah meletakkan pelajar-pelajarnya yang bukan beragama islam disebuah bilik persalinan. Walaupun bilik persalinan itu boleh dikatakan sangat-sangat bersih, tetapi kecohnya hingga seluruh negara hinggakan timbalan menteri pelajaran telah turun padang untuk menyiasat berita tersebut.
Lain pulak apa yang berlaku di sebuah sekolah rendah kerajaan di Manasa, Madhya Pradesh, India, 90 orang murid-muridnya dengan beruniform akan datang belajar setiap hari ke sebuah bilik air wanita disebuah komplek yang mereka gelar sekolah.
Sessi pembelajaran akan terganggu apabila ada wanita yang akan menggunakan bilik air tersebut dan murid-murid terpaksa berpaling kebelakang hingga wanita-wanita tersebut selesai menggunakan bilik air itu samada yang membuang air kecil mahupun yang melepas.
“Ianya sangat kotor dan berbau busuk, tetapi tiada siapa yang mengambil tahu bahawa kami dipaksa belajar didalam bilik mandi,” kata Tina, pelajar kelas 5 sekolah rendah milik kerajaan itu di bandar Manasa. Jom tonton video dibawah...........
No comments:
Post a Comment